Khamis, 23 September 2010

Pahala solat berkopiah dan berserban


saham akhirat

Ustaz Haji Shahul Hamid juga dikenali dengan gelaran Abu Muhammad An-Naqsyabandiy Al-Filfilani yang berasal dari Pulau Pinang.



Pendidikan



Ustaz Haji Shahul menerima pendidikan dari Madarasah Al-Masriyyah Bukit Mertajam Pulau Pinang (1988-1990) dan Madrasah Misbah al-Falah (Pondok Lanai) ,Parit Panjang Baling, Kedah (1990-1999).Tidak cukup dengan itu beliau mengikuti pengajian dari guru-guru terkemuka seperti Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Abdullah Sara dan Tuan Guru Haji Abdullah Kedi di selatan Thailand pada musim cuti di antara tahun 1996-1998.

Yang Mulia Ustaz adalah merupakan pemegang Syahadah Thanawiyyah Madrasah Misbah al-Falah (1993); Diploma Thanawiyyah dari madrasah al-Tahzib Titi Serong,Parit Buntar,Perak (1998); Diploma Syariah Islamiah dari Ma’ahad ‘Ali (2000); Ijazah Sarjana muda (Kepujian) Syariah Islamiah,Universiti al-Azhar (2005); Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Dakwah dan Kaunseling Islam,Unive Sultan Syarif Qosim,Riau,Indonesia (2006). Buat masa ini beliau sedang mengikuti Pengajian Sarjana dalam bidang hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia.



Kerjaya



Ustaz Haji Sahul pernah berkhidmat di Madrasah Misbah al-Falah (1994-1997); Yayasan al-Khairiah,Kg Pisang,Kupang,Baling (1998); Sekolah asrama Paya Terubong Pulau Pinang (sekolah kanak-kanak kes juvana) selama 4 tahun (1996-1999) dan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kg Rawa, Pulau Pinang (1999 ).

Beliau kemudiannya mengasaskan Ma’had Tahfiz al-Quran dan pengajian Islam Darul Tahzib,Teluk Kumbar,Pulau Pinang pada tahun 1999.



Sumbangan



Yang Mulia Ustaz Haji Shahul juga aktif dalam memberikan ceramah-ceramah keugamaan dan kuliah-kuliah di masjid-masjid dan surau-surau disekitar Pulau Pinang dan juga di luar . Diantaranya ialah di negara Brunei Darulssalam